Sunday, 15 December 2019

Program Cepat Membaca Bagi kanak - Kanak










Program Suku Kata, Membaca & Pemahaman Bahasa Melayu

Program Suku Kata, Membaca & Pemahaman Bahasa Melayu ini mengamalkan pendekatan pembelajaran seluruh otak dengan pengajaran yang interaktif, sistematik dan bersesuaian dengan kecenderungan kanak-kanak untuk membantu mereka mempelajari bahasa Melayu secara efektif.
Program kami membantu murid-murid menguasai suku kata Melayu, tatabahasa dan pemahaman dengan lebih pantas. Pembelajaran yang seronok dan interaktif boleh membantu kanak-kanak memperbaik kemahiran bahasa dan mutu kerja sekolah mereka.
·         Membangunkan pembacaan melalui kaedah seluruh otak yang inovatif
·         Mengoptimumkan pembelajaran berdasarkan bakat individu
·         Seronok dan interaktif
·         Sesuai untuk kanak-kanak berusia 3 hingga 12 tahun

 

Proses Pembelajaran

Kanak-kanak mempelajari setiap suku kata dahulu sebelum memasuki tahap ejaan dan latihan. Hanya apabila mereka berjaya menyempurnakan peringkat ini, barulah mereka boleh membaca dan menulis dengan betul tanpa menghafal ejaan.

Kelebihan Pembelajaran
ü  Pembelajaran Yang Diperibadikan
Kaedah kami tidak dikongkong oleh umur dan darjah. Ini membolehkan setiap pelajar memulakan pembelajaran di tahap yang sesuai dengan keupayaan dirinya. Langkah ini bertujuan membina asas dan keyakinan diri dalam jiwa kanak-kanak dahulu untuk membantu mereka berkembang dan mengikuti rentak pembelajaran di sekolah.
Setiap kanak-kanak mempunyai keupayaan pembelajaran yang berbeza. Ada yang memerlukan lebih masa atau latihan daripada rakan sebaya mereka. Oleh itu, pendekatan pengajarani yang bersesuaian dengan kelajuan pembelajaran individu boleh memberikan pengalaman pembelajaran yang sihat kepada kanak-kanak untuk menggalakkan kemajuan.
ü  Bimbingan Seorang Ke Seorang
Kami mengambil pendekatan bimbingan seorang ke seorang supaya guru dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada anak anda. Program ini tidak berpegang pada kaedah ‘satu saiz untuk semua’. Kami juga tidak membahagikan pelajar-pelajar mengikut umur atau darjah.
ü  Penilaian Keupayaan Pembelajaran
Sebelum pembelajaran, anak anda akan menduduki satu penilaian celik huruf percuma untuk mengenal pasti cabaran yang dihadapinya. Selepas itu, satu penilaian yang lebih komprehensif akan diberikan oleh guru untuk menilai tahap kemahirannya dengan lebih mendalam bagi merumus pelan penyelesaian dan bahan pembelajaran yang sesuai dengan keperluan anak anda.
ü  Pembangunan Otak Kiri dan Kanan Secara Serentak
Tidak seperti kaedah konvensional, Program Celik Huruf  menggunakan ‘tanggapan visual’ dalam pengajaran untuk merangsang kedua-dua otak kiri dan kanan bagi meningkatkan perkembangan seluruh otak.

Kesan Pembelajaran

ü  Secara beransur-ansur, kanak-kanak boleh membaca selepas 3 bulan meskipun perkembangan mereka mungkin berbeza. Ada yang boleh membaca di antara 100 dan 200 patah perkataan dalam masa 2 bulan.
ü  Sesetengah kanak-kanak yang berusia 4 tahun boleh mengenal 500 patah perkataan dalam masa 8 bulan, iaitu perbendaharaan kata yang bersamaan dengan tahap Darjah 1. Pada tahap ini, anak anda dapat membaca cerita pendek secara berdikari dan guru berperanan membimbingnya membaca, mengasah kemahiran membaca dan menyemai tabiat suka membaca dalam jiwanya.
ü  Menurut pengalaman kami, meskipun kebanyakan kanak-kanak boleh menghafal suku kata, mereka belum tentu boleh membaca petikan bahasa Melayu dengan lancar. Kaedah pembelajaran unik kami boleh membantu kanak-kanak menguasai bahasa Melayu secara efektif. Pada tahap permulaan, guru akan membimbing anak anda menguasai sebutan setiap suku kata sebelum melanjutkan pembelajaran ke tahap latihan menulis. Dengan menguasai suku kata, anak anda boleh mengeja dan menulis dengan betul hanya dengan mendengar sebutan perkataan.
ü  Apabila kanak-kanak boleh menguasai kemahiran mengeja dengan mendengar sebutan perkataan, mereka boleh mengeja dengan senang tanpa menghafal.
ü  Matlamat muktamad celik huruf ialah memupuk minat membaca di kalangan kanak-kanak, bukan semata-mata untuk menghadapi peperiksaan. Kajian menunjukkan seseorang yang menguasai lebih kurang 1000 patah perkataan boleh membaca dan memahami sehingga 80% kandungan buku biasa dan suratkhabar.

Misi
  Pendidikan kreatif bermula dari awal, merealisasikan potensi pelajar dan membentuk            masa depan.



No comments:

Post a Comment

Program Cepat Membaca Bagi kanak - Kanak

Program Suku Kata, Membaca & Pemahaman Bahasa Melayu Program Suku Kata, Membaca & Pemahaman Bahasa M...